Thursday, 24 November 2011

Bumi Bertuah

Kong Lai Fin
D20102043859     EL-N03
Bahasa Melayu Tahun 3






Pantun Petani Jaya                                                                           
Cuaca dingin udara nyaman,
Lembu kerbau saling menunda;
Petani yang rajin menjaga tanaman,
Subur menghijau hasil berganda.


Pokok pandan seri mewangi,
Bunga kekwa dalam ingatan;
Pertanian moden diceburi petani,
Rezeki mewah menambah pendapatan.


Menjerat kancil memburu rusa,
Jerat tak lekat hati tak lara;
Petani jaya menyumbang jasa,
Bantu meningkat ekonomi negara.


Anak bebiri takut buaya,
Anak seladang entah di mana;
Antara ciri peladang berjaya,
Mengurus ladang dengan sempurna.


Aktiviti
1.Baca pantun.Kenal pasti kata kerja transitif dan objeknya,
2.Bina ayat lengkap dengan kata kerja transitif.
3.Karang serangkap pantun tentang pertanian.


Isi tempat kosong dengan kata kerja transitif yang betul.
memotong       menangkap       menjemur       mengiau-ngiau
menanam        memanjat          menangis        memelihara


1.Adik telah            seekor arnab yang comel.
2.Bapa            rumput di depan rumah denagn sebilah sabit.
3.Pencuri            pintu pagar lalu masuk ke dalam rumah.
4.Polis            pencuri itu lalu menghantarnya ke balai polis.
5.Adik            kerana lapar.
6.Kucing            kerana kelaparan.
7.Kakak menolong ibu            kain.
8.Ayah sedang            pokok pisang.


Isi tempat kosong dengan kata yang sesuai.
pernah       masih       telah       sedang       mesti


1.Bapa Ali tidak            pergi ke Kuala Lumpur.
2.Mereka            berlatih selama tiga jam.
3.Kita            berusaha gigih kalau ingin mencapai kejayaan.
4.Kakak            belum bersiap sedia untuk menghadapi cabaran itu.
5.Kok Huat            berjalan menuju ke perpustakaan.




Khazanah Bumi Malaysia




No comments:

Post a Comment